Membantu anda memilih perlindungan takaful yang sesuai dengan keperluan keluarga
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya Abdullah Mohammad, ejen berdaftar Etiqa Family Takaful Berhad. Saya membantu individu, keluarga dan pemilik kenderaan mendapatkan perlindungan takaful yang sesuai mengikut keperluan, bajet dan keadaan semasa mereka.
Fokus utama saya adalah untuk memberi penerangan yang jelas dan mudah difahami, supaya pelanggan dapat membuat keputusan dengan lebih yakin sebelum mengambil mana-mana pelan takaful.
Bagi saya, takaful bukan sekadar produk. Ia adalah sebahagian daripada perancangan kewangan keluarga. Perlindungan yang sesuai boleh membantu meringankan beban jika berlaku perkara yang tidak dijangka seperti sakit, kemalangan, hilang upaya atau kematian.
Pendekatan saya
Saya percaya setiap pelanggan mempunyai keperluan yang berbeza. Sebab itu, saya tidak suka mencadangkan pelan secara umum tanpa memahami keadaan pelanggan terlebih dahulu.
Sebelum memberi cadangan, saya akan cuba faham beberapa perkara penting seperti:
Umur dan pekerjaan
Status keluarga
Bilangan tanggungan
Bajet bulanan
Keperluan perlindungan
Komitmen sedia ada
Keadaan kesihatan
Matlamat kewangan keluarga
Dengan maklumat ini, barulah cadangan perlindungan boleh dibuat dengan lebih tepat dan praktikal.
Matlamat saya bukan untuk memaksa pelanggan mengambil pelan paling mahal, tetapi membantu mereka memilih perlindungan yang benar-benar sesuai dan mampu diteruskan dalam jangka panjang.
Perkhidmatan yang saya bantu
Antara perlindungan dan perkhidmatan yang boleh saya bantu termasuk:
Hibah Takaful
Perlindungan kewangan untuk waris atau orang tersayang sekiranya berlaku kematian kepada peserta takaful. Sesuai untuk suami, isteri, ibu bapa, peniaga, penjawat awam dan sesiapa sahaja yang mempunyai tanggungan.
Medical Card
Perlindungan perubatan untuk membantu menampung kos rawatan hospital, tertakluk kepada terma dan syarat pelan. Sesuai untuk individu, keluarga muda dan mereka yang mahu membuat persediaan awal terhadap kos rawatan.
Perlindungan Penyakit Kritikal
Bantuan kewangan sekiranya berlaku diagnosis penyakit kritikal, supaya pelanggan mempunyai ruang kewangan untuk fokus kepada rawatan dan pemulihan.
Perlindungan Keluarga
Perancangan takaful menyeluruh untuk keluarga, termasuk perlindungan kematian, hilang upaya dan manfaat tambahan yang bersesuaian.
Motor Takaful
Perkhidmatan pembaharuan takaful kenderaan dan roadtax secara lebih mudah, sesuai untuk pelanggan yang mahu urusan yang cepat dan tersusun.
Kenapa saya buat laman web ini?
Laman web ini diwujudkan sebagai tempat rujukan ringkas untuk orang ramai memahami asas takaful dengan lebih mudah.
Ramai orang sebenarnya berminat untuk ambil takaful, tetapi masih keliru dengan istilah seperti hibah, medical card, annual limit, penyakit kritikal, tempoh menunggu, penama dan manfaat perlindungan.
Melalui laman web ini, saya berharap lebih ramai orang dapat belajar dahulu sebelum membuat keputusan. Saya mahu pelanggan faham apa yang mereka ambil, kenapa mereka ambil, dan bagaimana perlindungan itu boleh membantu keluarga mereka.
Komitmen saya kepada pelanggan
Saya komited untuk memberi penerangan yang jujur, mudah difahami dan sesuai dengan keadaan pelanggan.
Dalam setiap sesi konsultasi, saya akan cuba membantu pelanggan:
Faham pilihan perlindungan yang ada
Bandingkan keperluan dengan bajet
Elakkan mengambil pelan yang terlalu membebankan
Semak perlindungan sedia ada jika ada
Memilih pelan yang praktikal untuk jangka panjang
Memahami manfaat dan syarat penting sebelum membuat keputusan
Bagi saya, hubungan dengan pelanggan tidak berhenti selepas sijil takaful diluluskan. Pelanggan juga boleh mendapatkan bantuan untuk semakan perlindungan, kemas kini maklumat, dan panduan asas berkaitan tuntutan jika diperlukan.
Berkhidmat untuk pelanggan di Kuching, Sarawak dan seluruh Malaysia
Saya berpangkalan di Kuching, Sarawak, dan boleh membantu pelanggan di sekitar Kuching, Samarahan, Serian serta kawasan lain di Sarawak.
Untuk pelanggan di luar kawasan, konsultasi juga boleh dibuat secara online melalui WhatsApp atau panggilan telefon.
Dapatkan semakan perlindungan takaful
Jika anda sedang mencari perlindungan hibah, medical card, takaful keluarga atau motor takaful, anda boleh hubungi saya untuk semakan awal.
Tiada paksaan untuk terus membuat keputusan. Kita boleh semak dahulu keperluan, bajet dan pilihan yang sesuai.
Abdullah Mohammad
Ejen Berdaftar Etiqa Family Takaful Berhad
Kuching, Sarawak
WhatsApp: 010-961 9354
Klik untuk whatsapp: Abdullah Takaful
Klik butang WhatsApp untuk dapatkan penerangan ringkas atau quotation percuma.